VISI, MISI & OBJEKTIF
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak sentiasa bertekad untuk mencapai:

VISI
Peneraju standard piawaian pengurusan perburuhan dan penguatkuasaan perundangan perburuhan negara.

MISI
Memperkasakan sistem pengurusan perburuhan dan penguatkuasaan perundangan perburuhan bagi memastikan hak asasi dan kepentingan masyarakat industri dijamin terpelihara.

OBJEKTIF
- Memelihara hak dan tahap kebajikan warga pekerja serta memajukan kepentingan pihak majikan dengan saranan pematuhan standard undang-undang perburuhan.;
- Menggalakkan suasana perburuhan yang kondusif di antara warga pekerja dan pihak majikan bagi menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi negara.;
- Memperkasakan sistem pengurusan perburuhan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan; dan
- Memampankan daya saing sektor ekonomi dan masyarakat industri untuk menghadapi cabaran masa hadapan dan era teknologi terbaru.