Loading...

Ucapan Aluan

 Pengarah JTK Sarawak



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) berhasil menyusun semula laman web ini dengan wajah baharu sesuai dengan peredaran masa kini. Menyedari akan kepentingan laman ini sebagai wadah untuk JTK Sarawak mendekatkan diri dengan masyarakat, pelbagai info berkaitan JTK Sarawak dipaparkan bagi memudahkan orang awam melayari dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan isu-isu perburuhan di negeri Sarawak.

Maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini diharapkan dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam memperoleh maklumat terkini yang dipaparkan dari semasa ke semasa berkaitan peranan JTK Sarawak dalam penyampaian khidmat kepada rakyat. 

Segala maklumat dalam laman web ini telah disusun atur dan dikategorikan dalam lima kumpulan sasaran mengikut peranan, fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disediakan untuk pelanggan khususnya:


Pengunjung dapat menerokai maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh JTK Sarawak seperti berikut :

Perkhidmatan Kami

JTK Sarawak juga bertanggungjawab menguatkuasakan Perintah-Perrintah Gaji Minimum yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2013. Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perintah dan akta tersebut di laman web rasmi Jabatan ini.

Dengan penyebaran dan perkongsian maklumat di hujung jari melalui laman web rasmi ini, kami berharap dapat membantu melengkapkan pengetahuan perihal perburuhan masyarakat umum. Melalui kaedah ini juga diharapkan hasrat murni kerajaan bagi memastikan penyampaian khidmat akan menepati kehendak pelanggan.


Laman web rasmi Jabatan ini sentiasa dikemaskinikan bagi menyalurkan maklumat selaras dengan perkembangan global terkini. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau cadangan, bolehlah diajukan terus kepada pihak JTK Sarawak melalui talian telefon dan e-mel yang tertera di laman ini. Semoga segala cadangan dan sokongan yang diberikan kepada JTK Sarawak akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami ke tahap yang lebih tinggi.

Sekian.

Wabillah hitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Awang Raduan bin Awang Omar
Pengarah Tenaga Kerja,
Sarawak. 

Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel jabatan di jtknsarawak[at]mohr.gov.my.

Web Mobil

QR COde

Jumlah Pengunjung

TodayToday1115
YesterdayYesterday3998
This_WeekThis_Week15863
This_MonthThis_Month62988
All_DaysAll_Days173039
Highest 08-19-2019 : 4338

@2019. Hakcipta Terpelihara, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Portal JTKSWK - Paparan Terbaik 1366x 768 Resolusi dengan Google Chrome dan Mozilla Firefox 17.0.1
 Tarikh Akhir Kemaskini Pada: 18 Julai 2019

Permit Perburuhan Diluluskan Mengikut Jenis Permit, Sarawak