Permohonan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

Permohonan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin Di Bawah Seksyen 119, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
Majikan yang ingin menggaji pekerja bukan pemastautin adalah dikehendaki memohon dan memperolehi lesen daripada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK). JTKSWK akan hanya menerima dan memproses permohonan daripada majikan untuk menggaji pekerja bukan pemastautin yang tergolong di bawah definisi “employee” di bawah Seksyen 2, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Sebelum mengemukakan permohonan, majikan hendaklah memastikan perkara berikut telah dipatuhi:

a. Hendaklah menghubungi Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat untuk semakan Deraf iklan JTKSWK.29 serta menetapkan tarikh temuduga bakal calon yang memohon kekosongan jawatan dan juga mereka yang hadir secara “walk-in”. Majikan hendaklah mengadakan temuduga di PTK pada tarikh yang telah ditetapkan. Alamat lengkap semua Pejabat Tenaga Kerja adalah seperti dalam Garis Panduan AP & Lesen.

b. Hendaklah mengiklan kekosongan jawatan dalam dua buah suratkhabar tempatan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris selama satu (1) hari iaitu pada hari Ahad berdasarkan format yang ditetapkan. Majikan juga dikehendaki mengiklan kekosongan melalui RTM berdasarkan jadual siaran yang telah dipersetujui. Syarat-syarat dan prosedur yang diperlukan oleh RTM adalah seperti di Borang Kontrak Iklan Radio RTM Sarawak (Jawatan Kosong)

Majikan hendaklah mendaftar jawatan kosong dalam JobsMalaysia melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

Majikan hendaklah memastikan pekerja bukan pemastautin yang akan digaji memiliki kelayakan atau pengalaman yang setaraf ataupun lebih baik daripada yang dinyatakan dalam iklan.
Semua permohonan hendaklah dikemukan melalui Monitoring System of Employment of Non Sarawakian (MSEN) dengan menggunakan pautan di www.msen3.sarawak.gov.my

Senarai Semak Dokumen Untuk Permohonan AP dan Lesen (JTKSWK.35)

Web Mobil

QR COde

Jumlah Pengunjung

TodayToday1626
YesterdayYesterday1943
This_WeekThis_Week921
This_MonthThis_Month25019
All_DaysAll_Days342002
Highest 09-29-2019 : 5444

@2019. Hakcipta Terpelihara, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Portal JTKSWK - Paparan Terbaik 1366x 768 Resolusi dengan Google Chrome dan Mozilla Firefox 17.0.1
 Tarikh Akhir Kemaskini Pada: 3 Oktober 2019

Permit Perburuhan Diluluskan Mengikut Jenis Permit, Sarawak