Latar belakang

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merupakan salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini mula beroperasi pada 26 Julai 1960 dengan kekuatan anggota seramai enam (6) orang. Bilangan anggota pada Disember 2015 telah meningkat kepada seramai 293. Dengan peningkatan anggota, Jabatan ini dapat meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan hasil dari pertambahan berkenaan.

Sebelum penubuhan Malaysia, fungsi Jabatan ini dilaksanakan oleh Pejabat Residen dan Daerah. Selepas 16 September 1963, fungsi berkenaan diambilalih oleh Kementerian Buruh pada ketika itu yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Manusia. Pada 29 November 2002, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak juga telah mengambilalih peranan Jabatan Tenaga Rakyat di Sarawak dan tidak lama selepas itu Jabatan Buruh Sarawak ditukarkan namanya menjadi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Di bawah Inter-Governmental Committee (IGC) Report 1962, Pesuruhjaya Buruh Sarawak yang kini digelar Pengarah Tenaga Kerja Sarawak bertanggungjawab secara langsung kepada YB Menteri Sumber Manusia melalui Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dalam Penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang perburuhan di Sarawak.

Pada 25 Januari 2010, Pusat JobsMalaysia (JMC) di Kuching dan JobsMalaysia Point (JMP) di semua Pejabat Tenaga Kerja di Sarawak telah diwujudkan dan bertindak sebagai pusat sehenti (one stop centre) bagi perkhidmatan pekerjaan.
UTC_Sarawak
Pada 18 Julai 2013, penubuhan UTC singkatan bagi Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan ia mulai beroperasi pada 17 September 2014. Sejak penubuhannya terdapat 27 buah agensi kerajaan beroperasi secara sepenuhnya di UTC Kuching. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditempatkan di UTC adalah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Kesemua agensi tersebut berkongsi satu ruang pejabat untuk memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.

Agensi_di_bawah_KSM
UTC Kuching terletak di Jalan Bukit Mata, Kuching dan waktu operasinya adalah mulai jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam pada hari Isnin hingga hari Ahad kecuali hari cuti umum.
 
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak beribu pejabat di Kuching dan mempunyai 16 buah Pejabat Tenaga Kerja yang beroperasi di Sarawak. Tarikh penubuhan Pejabat Tenaga Kerja berkenaan adalah seperti berikut:

kronologi_JTK_Sarawak
             

Web Mobil

QR COde

Artikel Terkini

Jumlah Pengunjung

TodayToday1233
YesterdayYesterday4615
This_WeekThis_Week19444
This_MonthThis_Month50823
All_DaysAll_Days435004
Highest 11-11-2019 : 5426

@2019. Hakcipta Terpelihara, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Portal JTKSWK - Paparan Terbaik 1366x 768 Resolusi dengan Google Chrome dan Mozilla Firefox 17.0.1
 Tarikh Akhir Kemaskini Pada: 3 Oktober 2019

Permit Perburuhan Diluluskan Mengikut Jenis Permit, Sarawak